Thursday, 28 February 2013

Perayaan di Malaysia (Video)



Terimalah ;)

Pakaian Rasmi India

Contoh Gambar :

PUNJABI
SARI




Pakaian Sari Tradisional mempunyai  pelbagai corak, dan warna. Sari juga merupakan adat pakaian tradisional bagi kaum India. Selain itu, pakaian tradisional juga tidak lapuk dan pupus oleh generasi akan datang. Sari juga digunakan pada hari perayaan, sembahyang dan menghadiri upacara tertentu.

Juadah di hari Deepavali






Pelbagai aneka makanan di hari Deepavali seperti Magelek, Muruku, Tosei, Capati, dan lain lain lagi ;)

Sambutan Deepavali di Malaysia


Di Malaysia, hari Deepavali disambut pada bulan ketujuh kalendar suria Hindu dan dijadikan cuti umum persekutuan di seluruh Malaysia.
Pada pagi Deepavali, penganut Hindu akan menjalani mandi minyak yang melambangkan penyucian badan dan semangat
. Selepas upacara penyucian yang melambangkan permulaan yang baru, penganut Hindu akan mengunjungi kuil dimana patung dewa Hindu akan dikalungkan dengan kalungan bunga.
Pada pintu masuk rumah penganut Hindu hiasan "kolam", hiasan bungaan halus yang dilakarkan di atas tanah yang biasanya dibuat daripada bijiran pelbagai warna akan diletakkan. Hiasan "kolam" ini merupakan lambang penyembahan dewa Lakshmi, Dewi Kekayaan yang dipercayai hanya akan mengunjungi rumah mereka yang mempunyai hiasan "kolam" di pintu masuk rumah mereka.
"Kolam" merupakan upacara keagamaan bagi penganut Hindu dan orang Islam adalah dilarang mengikutnya.

Kepentingan dalam agama Hindu


Perayaan ini menandakan kemenangan kuasa kebaikan terhadap kuasa kejahatan, serta penanggalan kegelapan rohani. Secara simbolik, Deepavali menandakan kembalinya semangat muhibah dan kepercayaan setelah lama menyepi, seperti yang diceritakan dalam Ramayana.
Perkataan Sanskrit "Deepavali" bermaksud satu pameran pelita-pelita yang menandakan kemenangan cahaya ke atas kegelapan. Oleh sebab pengetahuan bahasa Sanskrit merosot, nama perayaan ini sering diubah menjadi Divali, terutamanya di India utara.
Pada hari Deepavali, ramai yang memakai pakaian baru, berkongsi gula-gula dan makanan ringan. Beberapa komuniti niaga India utara memulakan tahun kewangan pada hari Divali, maka buku akaun baru akan dibuka pada hari ini.

Tarikh-tarikh dalam pelbagai kalendar



Kanak kanak menyalakan pelita api dalam bentuk swastika sehari sebelum perayaan Deepavali disambut.
Perayaan ini disambut selama tempoh yang berbeza oleh komuniti berbeza. Walaupun hari-hari terasnya adalah sama dan jatuh pada hari-hari yang sama di seluruh Nepal dan India, namun hari-hari tersebut jatuh pada bulan-bulan Gregorian yang berbeza bergantung kepada versi kalendar Hindu yang digunakan dalam setempat. Versi Amanta ("tamat pada anak bulan") kalendar Hindu diamalkan sebagai kalendar kebangsaan India. Mengikut kalendar ini yang luas digunakan di India selatan dan Maharashtra, keraian enam hari ini dibawa dari empat hari terakhir bulan Ashwayuja (Ashwin dalam bahasa Marathi) dan dua hari pertama bulan baru Kartika. Menurut versi Purnimanta ("tamat pada bulan purnama") yang meluas di India utara, Diwali jatuh pada pertengahan bulan Ashwayuja/Ashvin. Dalam kalendar Gregorian, Deepavali biasanya tiba pada bulan Oktober atau November.

Tentang Deepavali


Hari Deepavali (Bahasa Hindi: दिपावली, Bahasa Tamil: தீபாவளி) juga dikenali sebagai Diwali dan Divali (Bahasa Hindi: दीवाली) merupakan perayaan yang disambut oleh semua penganut yang beragama Hindu di seluruh dunia dan merupakan hari cuti di Malaysia. Perkataan Deepavali merupakan gabungan perkataan "Dipa" yang beerti cahaya dan perkataan "Gavali" yang beerti barisan. Perayaan Deepavali ini disambut pada hari ke 14 bulan Aipasi dalam kalendar Tamil (antara bulan Oktober dan November) dan juga dikenali sebagai pesta cahaya.
Menurut lagenda, Raja Narakasura yang kejam dan selalu memeras rakyatnya, telah dikalahkan dan dibunuh oleh Dewa Krishnan. Sebelum mati, Raja Narakasura meminta semua manusia agar mereka merayai hari kemenangan itu sebagai peringatan kepada yang mereka yang baik tentang godaan hantu dan syaitan, peringatan kepada mereka yang lupa agar berbuat baik dan menjauhi daripada membuat kejahatan sesama manusia.
Pelita yang dipasang dalam barisan dapat dilihat dinyalakan di rumah penganut Hindu bagi melambangkan kejayaan kebaikan mengatasi kejahatan yang dirayakan sebagai perayaan Deepavali.

Deepavali


Hari Deepavali

Diwali/Deepavali
Juga dikenali sebagai
Terjemahan: Deretan pelita; Deepavali, Pesta Cahaya
Diraikan oleh
Secara keagamaan oleh penganut agam Hindu, dan Jain. Orang India lain meraikan aspek-aspek budayanya.
Jenis
Kegamaan, India
Kepentingan
Meraikan kemenangan terhadap kejahatan, dan penanggalan kegelapan rohani
Tarikh
Hari anak bulan Kartika, tetapi perayaan bermula dua hari sebelumnya dan tamat dua hari selepas hari itu
Sambutan
Menghiasi rumah dengan pelita,mercun, mengagihan gula-gula dan hadiah.
Amalan
Upacara sembahyang dan keagamaan (lihat puja, prasad)

Pakaian Rasmi Tahun Baru Cina




Warna Meah menjadi warna utama pakaian bagi kaum cina ;)

Sebelum Tahun Baru


Pada hari-hari sebelum Tahun Baru Cina, keluarga-keluarga Cina membersihkan rumah mereka secara menyeluruh, kerana mereka percaya bahawa pembersihan ini menghalau nasib malang dan musibah yang menimpa pada tahun yang berlalu serta menyediakan rumah mereka untuk menjemput nasib baik. Penyapu dan pengumpul habuk disimpan pada malam sebelum Tahun Baru dan hari pertama agar nasib baik itu tidak boleh disapu keluar. Ada orang yang mengecat rumah, pintu dan sisi tingkap dengan warna merah. Rumah dihiasi potongan kertas yang ditulis pepatah mengucap kebahagiaan dan kemakmuran dalam bahasa Cina.
Acara terbesar pada malam Tahun Baru Cina ialah jamuan pertemuan semula. Hidangan yang terdiri daripada ikan terdapat di atas meja makan untuk tujuan paparan sempena jamuan ini. Di China utara, adalah juga menjadi adat untuk memakan ladu untuk jamuan ini. Ladu melambangkan kemewahan kerana bentuknya berupa tongkol emas Cina. Ang pau bagi ahli terdekat dalam keluarga kadang-kadang diberi sewaktu jamuan pertemuan semula. Paket ini sering mengandungi duit dalam bilangan nombor tertentu yang mencerminkan tuah dan kehormatan.

Sambutan perayaan

Sambutan Tahun Baru Cina disambut dengan menziarah ahli keluarga saudara-mara dan sahabat, serta penggunaan warna merah yang berlebihan. Ang pau diberikan kepada orang muda dan kanak-kanak oleh orang tua dan yang telah kahwin

Hidangan Tahun Baru



Jamuan pertemuan semula (Cina Tradisional: 團圓飯, Cina Ringkas: 团圆饭 tuányuán fàn) diadakan pada malam sebelum Tahun Baru, ketika semua ahli keluarga, sama ada tinggal di rumah atau jauh dari kampung halaman, bertemu untuk perayaan. Jamuan ini biasanya diadakan di rumah yang didiami anggota keluarga paling tua. Jamuan ini amat kaya dengan makanan yang lazimnya merangkumi daging ayam dan ikan. Ikan (Cina Tradisional: , Cina Ringkas: , pinyin: ) sebagai makanan penting, tidak dimakan sampai habis (sebaliknya, bakinya disimpan semalaman), bak pepatah Cina nián nián yǒu yú (Cina Tradisional: 年年有餘, Cina Ringkas: 年年有余), yang bermakna "semoga ada lebihnya setiap tahun", yang sama bunyinya dengan "semoga ada ikan setiap tahun





Makan besar bagi kaum Cina ;)

Tentang Tahun Baru Cina


Tahun Baru Cina merupakan perayaan terpenting orang Cina bagi menyambut tahun baru dalam kalendar qamari Cina. Kalendar qamari Cina terbahagi kepada kitaran 12 tahun dan dinamakan sempena nama haiwan. (Lihat Tarikh perayaan di bawah.)
Tahun Baru Cina melambangkan permulaan, titik permulaan dalam nasib dan kehidupan. Sebelum hari tahun baru bermula, sanak saudara yang jauh akan kembali berkumpul. Rumah akan dicuci dan segala hutang-piutang dikutip atau dibayar agar mereka tidak sentiasa dikelilingi hutang sepanjang tahun yang baru. Mercun dibakar pada tengah malam bagi menandakan bermulanya tahun baru dan bagi menghalau puaka dan nasib malang. Rumah-rumah dihiasi dengan buah limau sebagai simbol murah rezeki, bunga dan pokok limau.
Tahun Baru Cina diraikan dengan jamuan yee sang dan kuih bakul. Kaum keluarga akan makan besar dengan masakan tradisi seperti daging itik,daging salai, sosej, kuih pulut, dan limau mandarin. Golongan muda pula akan melawat golongan tua dan menerima wang ang pau dalam sampul merah bagi melambangkan nasib baik, yang diberikan oleh orang yang berkeluarga kepada mereka yang masih belum kahwin. Perarakan tarian naga atau singa akan diadakan, dengan kereta berhias yang diiringi bunyi gendang. Lima belas hari selepas perayaan Tahun Baru Cina, perayaan Tahun Baru Cina ditamatkan dengan perayaan Chap Goh Mei.
Tahun Baru Cina disambut di negara-negara dan wilayah-wilayah yang diduduki oleh ramai orang Cina, seperti Tanah Besar China, Hong Kong,Indonesia, Macau, Malaysia, Filipina, Singapura, Taiwan, Thailand, dan juga di Pekan Cina di merata dunia. Tahun Baru Cina juga disetempatkan bangsa-bangsa yang kuat dipengaruhi dengan budaya Cina (termasuk memakai takwim qamari Cina), termasuk Korea (Seollal), Tibet dan Bhutan(Losar), Mongolia (Tsagaan Sar), Vietnam (Tết), dan Jepun hingga tahun 1873 (Oshogatsu).

Tahun Baru Cina

Tahun Baru Cina
農曆新年
农历新
Maksud harfiah:
tahun baru takwim qamari
[tunjuk]Transliterasi
Nama Cina alternatif
春節
Maksud harfiah:
perayaan musim bunga
[tunjuk]Transliterasi
Tahun Baru Cina
Tahun Baru Cina
Malam Tahun Baru Cina di
 Meizhou, China
Juga dikenali sebagai
Tahun Baru Qamari, Perayaan Musim Bunga
Diraikan oleh
terutamanya tamadun Asia Timur
Jenis
Kepentingan
Hari pertama kalendar Cina(qamari)
Tarikh 2012
Tarikh 2013
Tarikh 2014
Sambutan
sambutan Tahun Baru, perhimpunan keluarga, jamuan sekeluarga.
Berkaitan dengan
Perayaan Tanglung yang mengakhiri perayaan ini


http://upload.wikimedia.org/wikipedia/commons/thumb/9/9e/Zhongwen.svg/65px-Zhongwen.svg.png
Rencana ini mengandungi teks bahasa Cina. Anda hanya dapat melihat jika anda mempunyai sokongan perisian tertentu.