Pada hari-hari sebelum Tahun Baru Cina,
keluarga-keluarga Cina membersihkan rumah mereka secara menyeluruh, kerana
mereka percaya bahawa pembersihan ini menghalau nasib malang dan musibah yang
menimpa pada tahun yang berlalu serta menyediakan rumah mereka untuk menjemput
nasib baik. Penyapu dan pengumpul habuk disimpan pada malam sebelum Tahun Baru
dan hari pertama agar nasib baik itu tidak boleh disapu keluar. Ada orang yang
mengecat rumah, pintu dan sisi tingkap dengan warna merah. Rumah dihiasi
potongan kertas yang ditulis pepatah mengucap kebahagiaan dan kemakmuran dalam
bahasa Cina.
Acara terbesar pada malam Tahun Baru Cina
ialah jamuan
pertemuan semula. Hidangan yang terdiri daripada ikan terdapat di atas
meja makan untuk tujuan paparan sempena jamuan ini. Di China utara, adalah juga
menjadi adat untuk memakan ladu untuk jamuan ini. Ladu melambangkan kemewahan
kerana bentuknya berupa tongkol emas Cina. Ang pau bagi ahli terdekat dalam
keluarga kadang-kadang diberi sewaktu jamuan pertemuan semula. Paket ini sering
mengandungi duit dalam bilangan nombor tertentu yang mencerminkan tuah dan
kehormatan.
No comments:
Post a Comment