Hari Raya Aidilfitri (Bahasa
Arab: عيد الفطر; 'Ayd al-Fiṭr;
"perayaan fitrah") disambut pada 1 Syawal tahun Hijrah. Perayaan tersebut juga
dikenali sebagai Hari Raya Puasa, Hari Raya Fitrah, dan Hari Lebaran. Hari Raya Aidilfitri
merupakan perayaan yang dirayakan oleh umat Islam di seluruh dunia tidak kira
bangsa sama ada Melayu,India-Muslim dan lain-lain
bangsa di seluruh dunia yang beragama Islam bagi menandakan berakhirnya bulan Ramadhan yang mana umat Islam telah
menjalani ibadat puasa dengan tekun. Ia merupakan antara dua perayaan terbesar
bagi umat Islam, selain Hari Raya Korban.
Hari Raya Puasa bermula melalui dua cara;
iaitu melalui rukyah (melihat anak bulan) ataupun secara
hisab(kiraan). Sekiranya melalui rukyah, apabila anak bulan kelihatan, ini
menandakan bermulanya bulan Syawal, iaitu bulan ke-10 dalam Takwim
Hijrah Islam. Di Malaysia, anak bulan akan
diperhatikan oleh pegawai bertugas pada sebelah petang hingga waktu maghrib di
beberapa tempat strategik.
No comments:
Post a Comment