Tahun Baru Cina merupakan perayaan
terpenting orang Cina bagi menyambut tahun baru dalam kalendar qamari Cina.
Kalendar qamari Cina terbahagi kepada kitaran 12 tahun dan dinamakan sempena
nama haiwan. (Lihat Tarikh
perayaan di bawah.)
Tahun Baru Cina melambangkan permulaan, titik
permulaan dalam nasib dan kehidupan. Sebelum hari tahun baru bermula, sanak
saudara yang jauh akan kembali berkumpul. Rumah akan dicuci dan segala
hutang-piutang dikutip atau dibayar agar mereka tidak sentiasa dikelilingi
hutang sepanjang tahun yang baru. Mercun dibakar pada tengah malam
bagi menandakan bermulanya tahun baru dan bagi menghalau puaka dan nasib
malang. Rumah-rumah dihiasi dengan buah limau sebagai simbol murah rezeki,
bunga dan pokok limau.
Tahun Baru Cina diraikan dengan jamuan yee
sang dan kuih
bakul.
Kaum keluarga akan makan besar dengan masakan tradisi seperti daging
itik,daging
salai, sosej, kuih pulut, dan limau
mandarin.
Golongan muda pula akan melawat golongan tua dan menerima wang ang
pau dalam sampul merah bagi melambangkan nasib
baik, yang diberikan oleh orang yang berkeluarga kepada mereka yang masih belum
kahwin. Perarakan tarian
naga atau singa akan diadakan, dengan
kereta berhias yang diiringi bunyi gendang. Lima belas hari selepas perayaan
Tahun Baru Cina, perayaan Tahun Baru Cina ditamatkan dengan perayaan Chap
Goh Mei.
Tahun Baru Cina disambut di negara-negara dan
wilayah-wilayah yang diduduki oleh ramai orang Cina, seperti Tanah
Besar China, Hong
Kong,Indonesia, Macau, Malaysia, Filipina, Singapura, Taiwan, Thailand, dan juga di Pekan
Cina di merata dunia. Tahun Baru Cina juga
disetempatkan bangsa-bangsa yang kuat dipengaruhi dengan budaya Cina (termasuk
memakai takwim qamari Cina), termasuk Korea (Seollal), Tibet dan Bhutan(Losar), Mongolia (Tsagaan
Sar), Vietnam (Tết), dan Jepun hingga tahun 1873 (Oshogatsu).
No comments:
Post a Comment