Kanak kanak menyalakan pelita api dalam bentuk swastika sehari sebelum perayaan Deepavali disambut.
Perayaan ini disambut selama tempoh yang
berbeza oleh komuniti berbeza. Walaupun hari-hari terasnya adalah sama dan
jatuh pada hari-hari yang sama di seluruh Nepal dan India, namun hari-hari
tersebut jatuh pada bulan-bulan Gregorian yang berbeza bergantung
kepada versi kalendar Hindu yang digunakan dalam setempat. Versi Amanta ("tamat pada anak
bulan") kalendar
Hindu diamalkan sebagai kalendar kebangsaan India.
Mengikut kalendar ini yang luas digunakan di India
selatan dan Maharashtra, keraian enam hari ini
dibawa dari empat hari terakhir bulan Ashwayuja (Ashwin dalam bahasa
Marathi)
dan dua hari pertama bulan baru Kartika. Menurut versi Purnimanta ("tamat pada bulan
purnama") yang meluas di India utara, Diwali jatuh pada
pertengahan bulan Ashwayuja/Ashvin. Dalam kalendar Gregorian, Deepavali biasanya tiba
pada bulan Oktober atau November.
No comments:
Post a Comment