Perayaan ini menandakan kemenangan kuasa
kebaikan terhadap kuasa kejahatan, serta penanggalan kegelapan rohani. Secara
simbolik, Deepavali menandakan kembalinya semangat muhibah dan kepercayaan
setelah lama menyepi, seperti yang diceritakan dalam Ramayana.
Perkataan Sanskrit "Deepavali"
bermaksud satu pameran pelita-pelita yang menandakan kemenangan cahaya ke atas
kegelapan. Oleh sebab pengetahuan bahasa Sanskrit merosot, nama perayaan ini
sering diubah menjadi Divali, terutamanya di India utara.
Pada hari Deepavali, ramai yang memakai
pakaian baru, berkongsi gula-gula dan makanan ringan. Beberapa komuniti niaga
India utara memulakan tahun kewangan pada hari Divali, maka buku akaun baru
akan dibuka pada hari ini.
No comments:
Post a Comment