Thursday, 28 February 2013
Pakaian Rasmi India
Contoh Gambar :
PUNJABI
PUNJABI
SARI
Pakaian Sari Tradisional mempunyai pelbagai corak, dan warna. Sari juga merupakan adat pakaian tradisional bagi kaum India. Selain itu, pakaian tradisional juga tidak lapuk dan pupus oleh generasi akan datang. Sari juga digunakan pada hari perayaan, sembahyang dan menghadiri upacara tertentu.
Juadah di hari Deepavali
Pelbagai aneka makanan di hari Deepavali seperti Magelek, Muruku, Tosei, Capati, dan lain lain lagi ;)
Sambutan Deepavali di Malaysia
Di Malaysia, hari Deepavali disambut
pada bulan ketujuh kalendar suria Hindu dan dijadikan cuti umum persekutuan di
seluruh Malaysia.
Pada pagi Deepavali, penganut Hindu akan menjalani mandi minyak yang melambangkan penyucian badan dan semangat. Selepas upacara penyucian yang melambangkan permulaan yang baru, penganut Hindu akan mengunjungi kuil dimana patung dewa Hindu akan dikalungkan dengan kalungan bunga.
Pada pagi Deepavali, penganut Hindu akan menjalani mandi minyak yang melambangkan penyucian badan dan semangat. Selepas upacara penyucian yang melambangkan permulaan yang baru, penganut Hindu akan mengunjungi kuil dimana patung dewa Hindu akan dikalungkan dengan kalungan bunga.
Pada pintu masuk rumah penganut Hindu hiasan
"kolam", hiasan bungaan halus yang dilakarkan di atas tanah yang
biasanya dibuat daripada bijiran pelbagai warna akan diletakkan. Hiasan
"kolam" ini merupakan lambang penyembahan dewa Lakshmi, Dewi Kekayaan yang
dipercayai hanya akan mengunjungi rumah mereka yang mempunyai hiasan
"kolam" di pintu masuk rumah mereka.
"Kolam" merupakan upacara keagamaan
bagi penganut Hindu dan orang Islam adalah dilarang
mengikutnya.
Kepentingan dalam agama Hindu
Perayaan ini menandakan kemenangan kuasa
kebaikan terhadap kuasa kejahatan, serta penanggalan kegelapan rohani. Secara
simbolik, Deepavali menandakan kembalinya semangat muhibah dan kepercayaan
setelah lama menyepi, seperti yang diceritakan dalam Ramayana.
Perkataan Sanskrit "Deepavali"
bermaksud satu pameran pelita-pelita yang menandakan kemenangan cahaya ke atas
kegelapan. Oleh sebab pengetahuan bahasa Sanskrit merosot, nama perayaan ini
sering diubah menjadi Divali, terutamanya di India utara.
Pada hari Deepavali, ramai yang memakai
pakaian baru, berkongsi gula-gula dan makanan ringan. Beberapa komuniti niaga
India utara memulakan tahun kewangan pada hari Divali, maka buku akaun baru
akan dibuka pada hari ini.
Tarikh-tarikh dalam pelbagai kalendar
Kanak kanak menyalakan pelita api dalam bentuk swastika sehari sebelum perayaan Deepavali disambut.
Perayaan ini disambut selama tempoh yang
berbeza oleh komuniti berbeza. Walaupun hari-hari terasnya adalah sama dan
jatuh pada hari-hari yang sama di seluruh Nepal dan India, namun hari-hari
tersebut jatuh pada bulan-bulan Gregorian yang berbeza bergantung
kepada versi kalendar Hindu yang digunakan dalam setempat. Versi Amanta ("tamat pada anak
bulan") kalendar
Hindu diamalkan sebagai kalendar kebangsaan India.
Mengikut kalendar ini yang luas digunakan di India
selatan dan Maharashtra, keraian enam hari ini
dibawa dari empat hari terakhir bulan Ashwayuja (Ashwin dalam bahasa
Marathi)
dan dua hari pertama bulan baru Kartika. Menurut versi Purnimanta ("tamat pada bulan
purnama") yang meluas di India utara, Diwali jatuh pada
pertengahan bulan Ashwayuja/Ashvin. Dalam kalendar Gregorian, Deepavali biasanya tiba
pada bulan Oktober atau November.
Tentang Deepavali
Hari Deepavali (Bahasa
Hindi: दिपावली, Bahasa
Tamil: தீபாவளி) juga dikenali sebagai Diwali dan Divali (Bahasa
Hindi: दीवाली) merupakan perayaan yang
disambut oleh semua penganut yang beragama Hindu di seluruh dunia dan
merupakan hari cuti di Malaysia. Perkataan Deepavali
merupakan gabungan perkataan "Dipa" yang beerti cahaya dan perkataan
"Gavali" yang beerti barisan. Perayaan Deepavali ini disambut pada
hari ke 14 bulan Aipasi dalam kalendar Tamil (antara bulan Oktober dan
November) dan juga dikenali sebagai pesta cahaya.
Menurut lagenda, Raja Narakasura yang kejam dan selalu
memeras rakyatnya, telah dikalahkan dan dibunuh oleh Dewa Krishnan. Sebelum mati, Raja
Narakasura meminta semua manusia agar mereka merayai hari kemenangan itu
sebagai peringatan kepada yang mereka yang baik tentang godaan hantu dan
syaitan, peringatan kepada mereka yang lupa agar berbuat baik dan menjauhi
daripada membuat kejahatan sesama manusia.
Pelita yang dipasang dalam barisan dapat
dilihat dinyalakan di rumah penganut Hindu bagi melambangkan kejayaan kebaikan
mengatasi kejahatan yang dirayakan sebagai perayaan Deepavali.
Deepavali
Hari Deepavali
Diwali/Deepavali
|
|
Juga dikenali sebagai
|
Terjemahan: Deretan pelita; Deepavali, Pesta Cahaya
|
Diraikan oleh
|
|
Jenis
|
|
Kepentingan
|
Meraikan kemenangan terhadap kejahatan, dan penanggalan
kegelapan rohani
|
Tarikh
|
Hari anak bulan Kartika, tetapi perayaan bermula dua hari
sebelumnya dan tamat dua hari selepas hari itu
|
Sambutan
|
|
Amalan
|
Sebelum Tahun Baru
Pada hari-hari sebelum Tahun Baru Cina,
keluarga-keluarga Cina membersihkan rumah mereka secara menyeluruh, kerana
mereka percaya bahawa pembersihan ini menghalau nasib malang dan musibah yang
menimpa pada tahun yang berlalu serta menyediakan rumah mereka untuk menjemput
nasib baik. Penyapu dan pengumpul habuk disimpan pada malam sebelum Tahun Baru
dan hari pertama agar nasib baik itu tidak boleh disapu keluar. Ada orang yang
mengecat rumah, pintu dan sisi tingkap dengan warna merah. Rumah dihiasi
potongan kertas yang ditulis pepatah mengucap kebahagiaan dan kemakmuran dalam
bahasa Cina.
Acara terbesar pada malam Tahun Baru Cina
ialah jamuan
pertemuan semula. Hidangan yang terdiri daripada ikan terdapat di atas
meja makan untuk tujuan paparan sempena jamuan ini. Di China utara, adalah juga
menjadi adat untuk memakan ladu untuk jamuan ini. Ladu melambangkan kemewahan
kerana bentuknya berupa tongkol emas Cina. Ang pau bagi ahli terdekat dalam
keluarga kadang-kadang diberi sewaktu jamuan pertemuan semula. Paket ini sering
mengandungi duit dalam bilangan nombor tertentu yang mencerminkan tuah dan
kehormatan.
Sambutan perayaan
Sambutan Tahun Baru Cina disambut dengan menziarah ahli keluarga
saudara-mara dan sahabat, serta penggunaan warna merah yang berlebihan. Ang pau diberikan kepada orang muda dan kanak-kanak oleh orang tua dan yang
telah kahwin
Hidangan Tahun Baru
Jamuan pertemuan semula (Cina
Tradisional: 團圓飯, Cina Ringkas: 团圆饭 tuányuán fàn) diadakan pada malam
sebelum Tahun Baru, ketika semua ahli keluarga, sama ada tinggal di rumah atau
jauh dari kampung halaman, bertemu untuk perayaan. Jamuan ini biasanya diadakan
di rumah yang didiami anggota keluarga paling tua. Jamuan ini amat kaya dengan
makanan yang lazimnya merangkumi daging ayam dan ikan. Ikan (Cina
Tradisional: 魚, Cina Ringkas: 鱼, pinyin: yú) sebagai makanan penting,
tidak dimakan sampai habis (sebaliknya, bakinya disimpan semalaman), bak
pepatah Cina nián nián yǒu yú (Cina
Tradisional: 年年有餘, Cina Ringkas: 年年有余), yang bermakna
"semoga ada lebihnya setiap tahun", yang sama bunyinya dengan
"semoga ada ikan setiap tahun
Makan besar bagi kaum Cina ;)
Tentang Tahun Baru Cina
Tahun Baru Cina merupakan perayaan
terpenting orang Cina bagi menyambut tahun baru dalam kalendar qamari Cina.
Kalendar qamari Cina terbahagi kepada kitaran 12 tahun dan dinamakan sempena
nama haiwan. (Lihat Tarikh
perayaan di bawah.)
Tahun Baru Cina melambangkan permulaan, titik
permulaan dalam nasib dan kehidupan. Sebelum hari tahun baru bermula, sanak
saudara yang jauh akan kembali berkumpul. Rumah akan dicuci dan segala
hutang-piutang dikutip atau dibayar agar mereka tidak sentiasa dikelilingi
hutang sepanjang tahun yang baru. Mercun dibakar pada tengah malam
bagi menandakan bermulanya tahun baru dan bagi menghalau puaka dan nasib
malang. Rumah-rumah dihiasi dengan buah limau sebagai simbol murah rezeki,
bunga dan pokok limau.
Tahun Baru Cina diraikan dengan jamuan yee
sang dan kuih
bakul.
Kaum keluarga akan makan besar dengan masakan tradisi seperti daging
itik,daging
salai, sosej, kuih pulut, dan limau
mandarin.
Golongan muda pula akan melawat golongan tua dan menerima wang ang
pau dalam sampul merah bagi melambangkan nasib
baik, yang diberikan oleh orang yang berkeluarga kepada mereka yang masih belum
kahwin. Perarakan tarian
naga atau singa akan diadakan, dengan
kereta berhias yang diiringi bunyi gendang. Lima belas hari selepas perayaan
Tahun Baru Cina, perayaan Tahun Baru Cina ditamatkan dengan perayaan Chap
Goh Mei.
Tahun Baru Cina disambut di negara-negara dan
wilayah-wilayah yang diduduki oleh ramai orang Cina, seperti Tanah
Besar China, Hong
Kong,Indonesia, Macau, Malaysia, Filipina, Singapura, Taiwan, Thailand, dan juga di Pekan
Cina di merata dunia. Tahun Baru Cina juga
disetempatkan bangsa-bangsa yang kuat dipengaruhi dengan budaya Cina (termasuk
memakai takwim qamari Cina), termasuk Korea (Seollal), Tibet dan Bhutan(Losar), Mongolia (Tsagaan
Sar), Vietnam (Tết), dan Jepun hingga tahun 1873 (Oshogatsu).
Tahun Baru Cina
Tahun Baru Cina
|
||
農曆新年
|
||
农历新年
|
||
Maksud harfiah:
|
tahun baru takwim qamari
|
|
|
||
Nama Cina alternatif
|
||
春節
|
||
春节
|
||
Maksud harfiah:
|
perayaan musim bunga
|
|
|
Tahun Baru Cina
|
|
Juga dikenali sebagai
|
Tahun Baru Qamari, Perayaan Musim Bunga
|
Diraikan oleh
|
|
Jenis
|
|
Kepentingan
|
|
Tarikh 2012
|
|
Tarikh 2013
|
|
Tarikh 2014
|
|
Sambutan
|
sambutan Tahun Baru, perhimpunan keluarga, jamuan sekeluarga.
|
Berkaitan dengan
|
|
Rencana ini mengandungi teks bahasa Cina. Anda hanya dapat melihat jika anda mempunyai sokongan perisian
tertentu.
|
Subscribe to:
Posts (Atom)